Isnin, September 29, 2008

at last............

at last, dapat juga cari baju untuk abang. beli sehelai t-shirt berkolar dan sehelai kemeja. jadi la....... tu pun harga pehh.............. dasyat2...... sabo je la......... boleh meleleh air mata kalau asyik tenung je harga tu...

pas beli baju, beli sandal pulak. cam biasa 1 kluang pusing. kebetulan kedai2 ni semua buka sampai tengah malam. so, senang sikit nak shopping. pas beli tali pinggang, terus balik. kepala pun da ting tong. anak2 pun da ngarok nak tido. mujur bawa stroller dan baby sling. senang sikit. adik da selamat tido di pangkuanku. abangnye pulak kat stroller. walaupun terpaksa berasak2, tapi syukur alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan dan pencarian kami.......

hari ni pulak, nak kene betulkan kereta. key lock rosak, lampu dalam kereta pun takde, exzos bocor.......... macam2 hal......... sabor je la.............. kopak betul aku tahun ni............ dugaan.......... dugaan............

Ahad, September 28, 2008

persiapan hari raya..........

tahun ni, kami sekeluarga memakai colour sedondon iaitu colour hijau. lebih menggembirakan tahun ni, kami beraya berempat. kehadiran cahayamata baru, Nurul Hannah, 7bulan, memberikan lebih kecerian kepada kami suami isteri. apa taknya, aku lebih banyak borong baju anak dari baju sendiri dan suami. kadang2 naik pening suami aku dibuatnya. hehehe............ lagipun baju anak perempuan lebih banyak pilihan. apa yang pasti, anak2 aku kelihatan cantik, manis dan bergaya di hari raya nanti. seperti hari2 istimewa yag lain. tahun ni juga, anak2 aku memakai baju kurung dan melayu. masing2 kelihatan sangat cantik dan segak. suka aku melihatnya.

semalam aku mencari baju untuk suami tercintaku. habis 1 kluang pusing. tapi 1 pun tak berkenan. bukan tak berkenan kat bajunya, tapi kat saiznya. suami tercintaku yang semakin comel dan montel tu tak muat pakai baju walaupun saiz XL. akibatnya terpaksa la cari baju yang XXL atau XXXL. sekali pandang, kesian pun ada. tapi bila pandang lagi sekali, kelakar pun ada. apa pun, walau bagaimana sekalipun bentuk rupa dan saiz fizikal suami tercintaku itu, dia tetap istimewa dihatiku. insan yang baik, penyabar dengan setiap karenahku..........

raya tahun ni, aku belajar buat kuih coklat dan kek batik. nampak senang. tapi kalau baru nak belajar cam aku ni, mau tak kelibut dibuatnya.. tapi alhamdulillah, setelah 2-3 kali cuba membuatnya, akhirnya, jadi juga kuih dan kek aku tu. walaupun tak sesedap mana, tapi boleh la masuk kat tekak dan perut boleh menerima....... hehehe.....

tahun ni, special sikit, sebab aku bakal menerima 2 orang anak sedara sekaligus. kak zana, bakal melahirkan cucu ketiga ayahku awal tahun depan. begitu juga dengan kakak suamiku, juga akan melahirkan cucu ke6 keluarga mertuaku. what a special year............... (bila tengok orang lain mengandung, aku teringin mengandung lagi.. tapi suamiku suruh relax dulu.............. terpaksa la menahan diri sebentar..........)