Khamis, Julai 30, 2009

hai....

hai....... terlalu lama tak update blog ni. bukannye apa, terasa sangatlah malas sejak aku berbadan 2 ni..... ditambah pulak dgn nafsu makan yang membuak2... pehh....... weight pun dah naik. sebelum pregnant, weight cuma 52kg. sekarang ni, dah naik jadi 56kg. wah!!!! kalah laki aku. hehehe........ mana taknye, dia semakin kurus. aku pulak semakin gemuk......... tu baru pregnant 4 bulan. kalau 9 bulan?????

kata org, bila dah mengandung banyak ni, keadaan fizikal si ibu akan jadi lain. hmm....... camne tu? agaknye terlebih hormon kot....... hahaha........ agak je....... aku pun tak tau tu fakta ke ataupun mitos semata2. yang penting, ibu dan anak dalam kandungan sihat wal'afiat. amin.............

sebut pasal mengandung ni, aku tertunggu-tunggu khabar berita gembira dari 2 sepupuku yang telah berumah tangga. iaitu kak wanie dan ham.... tapi kak wanie kata, dia lom ada rezeki lagi. ham pulak dah pun berisi. lewat 2 bulan dari aku. alhamdulillah.......... rezeki....... muda2 dah jadi ibu......... tu pun nenek yg bagitau. time aku balik kg minggu lepas. kebetulan aku ngidam betul asam pedas nenek. sekali balik kg, dia cam tau2 je aku nak snagat makan asam pedas. pehh!!! sedap betul. apa taknye sampai 2 pinggan aku tambah nasi. pastu selang sejam, makan lagi........ mana taknye, badan aku jadi berisi semacam je........... hehehe..........

hmm...........sebut pasal anak pulak, aiman dah semakin cerdik. semkain boleh disuruh dan diharap. time aku penat, diala yang jaga adiknye. memang boleh diharap. tapi yang payahnye, control betul adiknye tu. sampaikan adiknye takde space nak buat hal sendiri. mesti abangnye akan protes dulu. ada je yang tak kene. time gaduh pulak, 2-2 tak boleh ngalah. 2-2 nak menang. hana, bile tak dapat, tengok ibu dia. minta simpati. mana la tau kalau2 ibu boleh tolong dpaatkan apa yang dihajatinya......... tapi selalunya, adik la yang menang kalau ibu dah masuk campur..... biasa la..... sekarang ni, anak2 ada habit baru. iaitu, cium perut ibu. diorang tau yang diorang bakal dapat adik baru tak lama lagi. punye la excited aiman bila tau perut ibu ada baby. hana pun sama. siap usap lagi. sayang betul. apa pun, mudah2an kebahagian ini takkan hilang........ walaupun pelbagai dugaan yang melanda.........

Rabu, Mei 20, 2009

lunch time.........

hari ni aku teringin sangat nak makan sawi. jadi, aku pun gi la kedai beli sawi dan ikan 2 ekor. tapi jangan marah ye.... aku ni jenis tak tau spesis ikan. jadi main beli je la.....



ikan ni tinggal sekor je sebab aiman dah tak sabo nak makan. biasanya aku beli 2 ekor je.... memandangkan org kat umah ni tengah on diet, jadi masak nasi pun 1/2 pot je..... ye la.... abang bukannya makan nasi. makan sayur rebus je.....

hmm......... sejak aku mengandung ni.... aku jadi seorang yang sangat kuat makan. walaupun kadang2 sakit kepala datang, tapi nafsu makan tetap ada..... yg peliknya, ayah aku pulak yg muntah2 dan sakit kepala. pelik betul....

time to play.......

saat petang-petang camni, dengan cuaca yang elok, adalah lebih baik kalau kita membawa anak-anak bermain kat playground. bukan ape, dah le terperuk 1 hari kat umah. pulaknye umah aku ni jenis yang susah cahaya matahari nak masuk. so, bawa la anak-anak. ala...... playground tu pun dekat je. area kawasan taman aku ni gak. tapi kene naik moto la.... penat nak jalan.

aku ni kan pandai bawa moto. jangan tak caye, aku ada lesen yang sah dari JPJ tau. hahaha.... time tu, aku ni boleh dikatakan minah rempit. habis moto ayah aku lenjan. sudahnya, ayah terpaksa mengalah. dia gi keje naik keta. (sekarang keta kenari tu dah jadi hak milik aku yang sah)

ok, kita citer pasal playground plak.....



ni la.... rupa playground tu..... dekat dengan kedai makan. senang sikit kalau lapo ke, haus ke, leh la gi beli.... (time lupa nak bawa bekal je....)
anak-anak pandai pulak posing bile ibu nak snap gambar tengah main jongkang-jongkit. gambar-gambar lain tak sempat nak snap coz, anak dara aku tu dah minta didokong.....
lepas main, aku pun bawa la anak-anak gi kedai minum milo ais. aiman terjerit-jeriut nak milo ais. "bu..... nak ilo aish..." pulaknye tak boleh order 1 je coz anak dara ni pun dah pandai minum pakai straw. pastu order la 2 milo ais. lajunye minum sampai ibu pun tak sempat rasa. huhuhu....... takpe la...... janji anak-anak ibu kenyang...........
ok jom.... time untuk pulang.......

Selasa, Mei 19, 2009

sup ayam dan nasi impit....

hari ni aku masak nasi impit dan sup ayam untuk lunch. ayah, aku masakkan bubur. dia tak boleh makan makanan yang keras-keras. almaklumla dalam proses pembikinan gigi palsu. anak-anak, terutama aiman, nak sangat makan sup. "bu, nak cup bu.... nak cup..." bila aku tanya nak sup apa? aiman cakap "hmm........ nak ayam!" begitu lancar sekali bila nak makan ayam. jadi aku pun terkial-kial la.... pergi pasar. walaupun aku rasa cam takde mood nak masak. tapi anak nak makan, layankan je la.....







sup ayam. tapi tak nampak sangat ayamnye.... hampir sahaja dihabiskan oleh anak-anakku yang kuat makan. lebih-lebih lagi aku masak sup. lagi la.... favourite diorang..... lepas makan, anak-anak aku pun terbongkang tengok astro ceria. sampai terlelap si kecik tu.... cian dia....

Isnin, Mei 18, 2009

i'm back...........

assalamualaikum............

at last, dapat juga pc aku ni. mana taknya, adik aku pinjam kejap. takpe la........ untuk study dia gak. sekarang ni dia tengah practical kat UTEM kat melaka. tempat koje kak wani dan abang majid yang sekarang ni kat UK. abang majid sambung study.

apa ye nak citer. dah lama bebenor aku tak tulis kat sini. rasa cam budak baru nak layan blog pulak. hehehe...... (tapi, memang betul pun. sampai sekarang masih tak reti buat benda lain selain menaip dan letak gambar je.....)

pada 1 mei yang lepas, aku saje je buat urine test. almaklumla benda tu pun dah lama. sejak anak aku yang sulung lagi. apa taknya, arwah mak aku yang bagi. tak ke dah lame sangat tu......... jadi aku pun sesaje je buat. actually, tak de niat pun nak cek sama ada aku ni mengandung ke tak. mula-mula tu tengok ada 1 bar. so, aku relax la jap. pas selesai mandi, aku cek lagi. punya la terkejut beruk. ada 2 bar pulak. mula-mula agak confuse sikit. yela camne boleh terbabas pulak ni. sedangkan aku begitu hati-hati sekali sewaktu diteroka. wah........... hehehe........... pastu, aku cakap la dengan abang. dia pun terkejut. tapi masih tak puas hati lagi. ye la........ urine test tu pun dah lama. jadi abang belikan yang baru kat watson. pastu, cam biasa la pagi-pagi gi toilet. pastu cek. ha! confirm aku pregnant. alhamdulillah.......... patut la anak aku yang kecik tu asyik meragam je. nak kata demam, tak panas. nak kata sakit perut, tak juga sebab perut tak mengeras dan dia pun lawas berak. rupa-rupanya, dia dah dapat instict. biasa la kan....... kata org2 tua. budak kecik yang baru 1thn pasti dapat merasai kehadiran org baru dalam keluarganya.

aku pun terus tengok date. pastu aku pun start la mengira due date. alhamdulillah aku beranak tahun depan. ini bermakna anak-anak aku semuanya selang 2thn. aku dah siap pesan kat baby dalam perut, kalau nak keluar, make sure tahun 2010.

nak tau lagi tak, aku sama-sama pregnant dengan kakak ipar abang dan makcik abang. tak ke kelakar tu. bila pantang nanti, berderet je.......... kakak ipar abang tu cina. jadi, mak mertua aku nak biasakan dia dengan cara org melayu. lebih-lebih lagi, org jawa. makcik abang, embah dia yang jaga. ye la........ masing-masing ada mak...... embah tu maknanya nenek. kan org jawa.......... tapi kakak ipar abang bersalin dulu. akhir tahun ni. time krismas pulak tu. public holiday. pastu selang 1-2minggu, turn aku pulak.........

mengandung anak no 3 ni, agak lain sikit. kenapa? sebab, aku tak muntah cuma pening kepala. sampai satu tahap, aku rasa cam nak tercabut je kepala ni.... pastu, kuat makan. pehhh......... kebetulan abang rajin betul masak. jadi aku pun main order je la........ hehehehe... tengah mengandung kan... manja la sikit.... sekarang ni aku teringin nak makan durian. pehh.......... menjajau abang cari. pulaknye sekarang ni kan musim pelam. jadi mana ada durian........ nak tak nak, terpaksala juga abang cari........ demi isterinya yang tercinta... hahahaha..... tapi abang selalu masak sayur rebus. dia pun tengah diet. boleh nampak perbezaan perutnya dulu dan sekarang. tapi kelakar sikit sebab kepala dia dah kecik. dah cam kura-kura pulak. hahahaha (jahatnya aku........)

bila da kenyang, mesti la ngantuk kan.... itu la yang terjadi pada aku sekarang ni......... ngantuk giler. biasanya tak pulak. aku ni kan jenis tak suka tido petang. tetiba jadi minat la pulak. pembawakan budak..........

sekarang ni, aku tunggu turn cousin-cousin aku pulak tambah family. asyik aku je... (alhamdulillah.........) so, kepada kak wani dan ham, cepat-cepat la ye...............

Khamis, Februari 26, 2009

Kepada semua peminatku..........

kepada semua pembaca setia blog aku, (wah......... ada peminat ke aku ni) aku nak mintak maaf sebab tak dapat memberikan kerjasama yang baik. aku tak dapat letak gambar2 yang menarik dan cantik, tak dapat menceritakan segala hal yang berlaku. ini kerana adik kesayangan aku pinjam sekejap pc kesayanganku. jadi terpaksala aku guna handphone yg agak susah dan lambat betul untuk guna. makanya, aku minta maaf......... terpaksa tunggu lama sikit untuk tahu tentang perjalanan kisahku yang penuh dengan suka duka.......... walaupun kebanyakkannya cerita dah lapuk dek masa, tapi ia tetap segar dek usia............ maka kawan2, tunggu...................

Isnin, Disember 22, 2008

seronoknya.............

hari sabtu yg lepas, abang bawa kami sekeluarga gi umah kakak iparku di JB. seronok sangat sebab dah lama tak jalan jauh. asyik2 kluang...... jadi aku seronok sangat..... anak2 jangan cakap la....... kalau bab jalan memang melompat nak ikut........

bila dah sampai umah kakak, semestinya nak makan. jadi aku belikan goreng pisang untuk minum ptg.......... da habis minum, aku bawa anak2 dan anak2 sedara sekali gi playground. bagus betul tempat tu.... kawasannya amat sesuai untuk beridah seisi keluarga......... macam2 ada.... jadi aku memilih untuk ke playground yg luas dan besar. aiman mana la pernah main playground yg besar.... pulak tu ada ramai kawan2........ cam jakun la sekejap..........

peace no war.........

sempat bagi ibu pose menarik sebelum nak mengelungsor

bersama sepupu, Nurul Athirah Farhana dan Muhammad Afiq. sepupu kesayangan aiman.....

ba......... cak

tak tau ape name benda ni.......

bersama kakak Nurul Amirah Zalikha dan Nurul Athirah Farhana

Isnin, Disember 15, 2008

abang dan adik.........

" sexynya muncung abang.......... tak sanggup adik nak tengok"


"ha......... camtu kan encem...."
"i like......."