Isnin, Disember 22, 2008

seronoknya.............

hari sabtu yg lepas, abang bawa kami sekeluarga gi umah kakak iparku di JB. seronok sangat sebab dah lama tak jalan jauh. asyik2 kluang...... jadi aku seronok sangat..... anak2 jangan cakap la....... kalau bab jalan memang melompat nak ikut........

bila dah sampai umah kakak, semestinya nak makan. jadi aku belikan goreng pisang untuk minum ptg.......... da habis minum, aku bawa anak2 dan anak2 sedara sekali gi playground. bagus betul tempat tu.... kawasannya amat sesuai untuk beridah seisi keluarga......... macam2 ada.... jadi aku memilih untuk ke playground yg luas dan besar. aiman mana la pernah main playground yg besar.... pulak tu ada ramai kawan2........ cam jakun la sekejap..........

peace no war.........

sempat bagi ibu pose menarik sebelum nak mengelungsor

bersama sepupu, Nurul Athirah Farhana dan Muhammad Afiq. sepupu kesayangan aiman.....

ba......... cak

tak tau ape name benda ni.......

bersama kakak Nurul Amirah Zalikha dan Nurul Athirah Farhana

Isnin, Disember 15, 2008

abang dan adik.........

" sexynya muncung abang.......... tak sanggup adik nak tengok"


"ha......... camtu kan encem...."
"i like......."


Ahad, Disember 14, 2008

adik lebih besar...........


perkataan adik lebih besar dr abang selalu sangat aku mendengarnya... bukan aku je yg perasan. tapi semua yg memandang kedua anak2ku pasti tegur. kadang2 ada yg mengatakan abang mengalah bagi adik makan banyak... tapi hakikatnya anak aku, aiman adalah insan yg paling susah nak makan. lebih2 lagi nasi... semuanya dikatakan pedas. sedangkan makanan yg dikatakan pedas itulah yang dimakan habis sampai licin pinggan oleh anak keduaku, hannah... pendek kata, dia tukang pengabih makanan..... licin... hehehe.... sebiji cam ayah dia...... sama spesis.... hehehe....



adik dah lapar ni..... mulut pun dah tak boleh nak tutup.........

kadang2 bila susu abangnya tak abis, hannah akan abiskan. kadang2 aku sendiri pelik sebab hannah makan bubur nasi sampai 2 mangkuk (kadang2 mintak lebih sampai ketuk meja). tapi tetap nak susu... habis pulak tu 7oz....... pehh......... sabor je la......... air masak pun botol besar. susu pun botol besar.... mana tak badan tu naik cam belon. mujur tahap kesihatannya dan berat stabil. tak obesiti... kalau tak terpaksalah diet..........

masa untuk tido..........





Ahad, Disember 07, 2008

dialog anak-anak.........

"adik, jangan kacau abang la........"
"adik pun nak susu gak......"
"mintaklah kat ibu...nape ambik abang punya....."
"ala....... nak jugak...."
"grrr.........(geramnye....)"

salam Aidiladha.........

aidiladha tahun ni, aku sekeluarga beraya kat kluang.... sebabnya........ abang kene keje ptg raya tu....... terus masuk ke shift malam... jadi aku sekeluarga solat raya kat T6.... pastu terus balik umah mertua..... walaupun seketika. tapi suasana tetap meriah. nama pun raya... cuma aku amat merindui arwah mak. dah 3 thun dia pergi meninggalkan kami semua.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. al-fatihah....... dan dah 3 tahun jugalah aku tak ziarah kubur arwah mak. bukannya aku dah lupa, tapi aku mempunyai 2 orang anak kecil yang masih memerlukan jagaan rapi. jadi, tunggulah bila anak2 dah besar sedikit.... aku akan tunjukkan dimana kubur arwah nenek mereka...

aku juga amat merindui masakkan nenek kat kg. rindunya...........

semoga aidiladha tahun ini memberi satu impak kepada kita untuk sama2 menghayati erti pengorbanan..........(kearah yang positif)

Khamis, Disember 04, 2008

besday abang..........

13 NOV 2008, genaplah usia abang 29tahun..... hadiah dari aku dan anak2 adalah sebiji kek vanila..... kek tu aiman yang pilih. dia yang tunjuk kek tu tanda dia sukakan kek tu...... so, aku pun beli la........


"SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH 29TAHUN"

abang tiup lilin

abang potong kek