Jumaat, Julai 25, 2008

cukur rambut

aku cukur rambut hannah semalam. mulanya suami tercintaku tak memberi keizinan untuk cukur terus rambut hannah. tapi setelah ku jelaskan dengan terperinci, barulah suamiku setuju aku cukur habis rambut hannah yang semakin nipis akibat 'cukur bantal'. hannah tidak banyak karenah. hanya dengan menyarapkan dia, aku senang mencukur rambutnya. tanpa sedikit tangisan, dia relax dan senang dengan keadaan itu. alhamdulillah......... semuanya selesai. cuma aku berharap agar rambutnya cepat tumbuh kerana hari raya bakal menjelang. dan aku inginkan anak-anakku kelihatan cantik, hensem dan kemas. wah! aku ni......... almaklumlah setelah mempunyai zuriat sendiri, kini aku semakin yakin dengan tujuan hidup. hidup penuh impiam. impian bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang. syukur alhamdulillah dengan rezeki kurniaan Ilahi..........
malam tadi aku menelefon kakak ipar kesayanganku, kak zana. aku mendapat khabar gembira yang menyatakan dia sudah pun berbadan dua. alhamdulillah.... akhirnya dia menjadi seorang ibu. dan aku tumpang gembira dengan perkhabaran itu. mulanya aku mendengar dari ayah. tapi ayah mengatakan, dia belum confirm. tetapi semalam, dia mengesahkan....... aku berharap, dia sentiasa sihat dan tabah hadapi ranjau kehidupan seorang ibu. bukan senang nak membahagikan kasih sayang dan masa antara anak, suami dan keluarga. namun itulah kehidupan. penuh dengan dugaan. hanya insan yang tabah dan sabar yang mampu hadapi semua dugaan Ilahi.............
hari ini suami tercinta demam. mc. doctor mengatakan darahnya tinggi. suami tercintaku memang mempunyai sejarah hipertensi daripada keluarga belah mak mertuaku. tapi keadaan suami tercintaku masih dibawah tahap kawalan. alhamdulillah.... dan sekarang anakku, aiman pula demam. asyik menangis je sepanjang hari. tak mahu dipeluk orang lain melainkan ibunya sendiri. aduhai......... semua nak ibunya...... kelam kabut dibuatnya. apa taknya, aiman ngarok sebab demam tapi dalam masa yang sama dia tetap aktif. cuma lasaknya lain macam sikit. kalau tak sabar, boleh kena heart attack. hannah pulak ngarok sebab lambat dapat susu. ayahnye pulak sakit kepala. semua aku. tapi aku seronok kerana aku berkorban untuk keluarga tersayang. mudah-mudahan suami tercintaku dan anak-anakku sihat....

Rabu, Julai 23, 2008

anak-anakku.........

anak-anakku, Muhammad Hazim Aiman dan Nurul Hannah, adalah harta yang paling bernilai dalam hidup aku dan suami tercinta. merekalah penawar, duka dan lara. mereka juga penghibur dikala aku kesunyian... mereka jugalah insan yang membawa keceriaan dan kebahagiaan dalam rumah tangga kami. betapa bahagianya hidup aku dan suami tercinta setelah dikurniakan sepasang cahayamata yang sangat comel dan sungguh menawan hati.
Muhammad Hazim Aiman bin Husai Nazib atau lebih senang dipanggil, Aiman lahir pada 24hb Mei, 2006 jam 01.04petang di Hospital Kluang. kali pertama aku merasakan kepayahan seorang ibu dalam melahirkan zuriat yang dikandungnya selama 9bulan 10hari. setelah bertarung hampir 4jam, akhirnya lahirlah aiman kedunia Allah ini dengan berat 3.5kg. pertama kali aku mengandung, aku merasakan segala alahan yang biasa setiap bakal ibu alami. dan bila hampir sampai hari dijangka aku melahirkan aiman, pada 23hb Mei, 2006, aiman sedikit pun tidak bergerak didalam kandungan. suami tercinta yang sedang bekerja shift pagi begitu risau dengan keadaan aku yang sendirian dirumah. dan petang itu, setelah suamiku pulang dari bekerja, kami segera ke hospital kluang untuk melakukan pemeriksaan. akhirnya doctor memeriksa bukaan serviksku. alangkah terkejutnya aku bila doctor mengatakan bahawa bukaan serviksku sudah 2cm. lalu doctor menyuruh aku berehat dihospital kerana aku akan melahirkan anak pada bila2-bila masa. akhirnya pada jam 9pagi, doctor memecahkan air ketumbanku, dan aku selamat melahirkan aiman 4jam selepas itu. syukur kehadrat Ilahi kerana aku selamat melahirkan anak walaupun 2 hari awal dari tarikh yang dijangkakan. kini, dia seorang anak yang sangat aktif dan nakal. kadang kala, karenahnya membuatkan aku rasa geram. dan setelah aiman berusia 2tahun, dia mendapat seorang adik perempuan.
Nurul Hannah binti Husai Nazib atau ku panggil Hannah lahir pada 10hb Februari, 2008 juga lahir di Hospital Kluang. mengandungkan hannah agak berbeza dengan aiman, kerana aku tiada alahan langsung. juga aku dapat berpuasa penuh sepanjang aku mengandungkan hannah. aku melahirkan hannah tepat jam 7.28petang dengan berat 2.6kg. lahir sahaja hannah kedunia Allah ini, azan maghrib pun berkumandang. mengandung dan melahirkan hannah sesuatu yang boleh aku katakan senang. berkat doa dan dengan izin Allah, segalanya berjalan lancar. alhamdulillah........ tapi suami tercintaku sedikit ralat kerana tidak dapat melihat hannah dilahirkan kerana masa terlalu pantas. dan kini hannah telah berusia 5bulan. semakin membesar dan semakin ingin kelihatan cantik oleh ibunya sendiri. hannah pun semakin lasak. mulutnya juga semakin kecoh dan becok seperti abangnya yang baru hendak belajar bercakap. bila mereka berdua ditinggalkan bersama dalam bilik, ada saja yang hendak dibualkan. dan mereka saling memahami bahasa yang mereka katakan antara satu sama lain. ya Allah.... betapa indah ciptaanMu...semoga anak-anakku menjadi insan yang soleh dan solehah. juga menjadi anak yang baik dan berbakti kepada bangsa, agama, dan negara. juga kepada ibu bapa mereka... amin....