Selasa, November 04, 2008

appendicitis........

aku didiagnosiskan appendix... sakitnya hanya Allah yang tahu. betapa menderitanya aku menahan kesakitan yang amat sangat. ia bermula apabila aku diserang demam panas secara tiba2. ingatkan kerana aku makan ubat yang diberikan doctor. sebab sebelum tu aku didiagnosiskan sebagai ovarian cyst. maka aku mengambil pusing hal itu. tetapi ia berlarutan bila aku menggigil kesejukkan. beberapa kali aku bangun dan terjatuh kat badan abang sebab nak muntah kat toilet. almaklumla waktu tu aku kat umah mertua. jadi toilet nun jauh dihujung dapur. jam 3pagi aku bangun. itupun dipapah abang ke toilet. muntah....

pagi tu, abang bawa aku jumpa doktor di klinik tawakal dan bersalin. doktor memberikan aku ubat tahan sakit, demam dan vitamin.... katanya aku kekurangan darah. tapi demam tetap berlarutan sehingga memaksa aku berehat kat umah mertua kerana anak2 aku tak larat nak jaga. lebih menyedihkan, anak2 aku nak bagi makan. sebabnya aku nak jalan pun dah rasa nak pengsan.....

satu malam, aku dan anak2 stay kat umah mertua. tapi malam tu jugalah aku diserang sakit perut yang amat sangat. sehingga aku tak dapat berjalan dengan betul...(terbongkok-bongkok). dan akhirnya kau rebah dipangkuan ibu mertuaku yang kebetulan baru habis solat... beberapa ketika setelah itu, abang memapah aku gi umah mak bidan. manalah tahu aku tersalah urat. tapi baru je dia nak sentuh leher aku, terasa seperti pisau yang menikam badanku... sakitnya........ menangis aku dibuatnya.... setelah itu, aku dibawa berjumpa dengan tukang urut profesional (pengamal perubatan tradisional). disitu aku diurut setengah mati... sakitnya seperti aku teringin menyiat-nyiat kulitnya........... dan disitu dia mengatakan bahawa aku terkena appendix.

aku dibawa ke hospital pakar utama di kluang jam 12am. dan sah! aku ada appendix.... aku ditahan ward. dan keesokkan harinya jam 9am, aku dioperate... setelah dioperatem aku terasa segar sangat.... segala pergerakkan tidak terlalu terbatas seperti dulu...... aku kembali aktif walaupun sebenarnya tidak boleh terlalu lasak..... dan keesokkan harinya pula, aku discharge...... seronok sangat dapat balik umah...... alhamdulillah semua selamat...... masih ada ruang untuk aku melihat dunia ini dan melihat anak2 membesar........ Aminn.......
setelah operation