Khamis, Oktober 23, 2008

alahai anak............



semalam sedang aku duduk2 bersantai bersama anak2ku, secara tiba2 tanganku terasa ingin mengusap kepala anak2 kesayanganku... namun, bila tangan ini menyentuh kepala anak daraku, hannah, aku terjumpa satu benjolan kat pusar kepala kanannya. anakku yang seorang ini memang lain sikit. sejak kecil dia mempunyai 2 pusar di kepalanya. dan sejak kecil tidak susah menjaganya. amat mudah dan senang sekali.




setelah aku membelek dengan teliti, rupa2nya ia adalah bisul. alangkah terkejutnya aku kerana aku cukup menjaga kebersihan kedua anakku... setiap hari kain buai berganti... bantal tidur selalu jemur, sarung bantal juga berganti setiap hari........ namun terjadi juga bisul dikepalanya.... agak risau kerana ia terkena dikepala. betul2 di pusar kanannya.... akibatnya dia tak lena tido... tapi yang peliknya dia tak nangis... cuma sesekali merengek nakkan susu. selepas tu, kembali aktif ataupun terus tertidur..... kadang2 aku berfikir sendirian, tidak berperasaankah anakku ini??? hahaha........ namun aku bersyukur dia terlalu kuat semangat.... ayahku selalu berkata, anakku yang seorang ni persis arwah neneknya... tak mudah patah semangat. selagi boleh tahan, dia tahan.... rasa dah sakit sangat baru la dia....... UWAAAAAA

Rabu, Oktober 22, 2008

ovarian cyst..........

semalam abang tak berapa sedap hati melihat aku demam. kebetulan suhunya agak tinggi. tanpa membuang masa, dia terus mengangkat aku masuk ke kereta lalu dibawa ke klinik tawakal dan bersalin.... asalnya ingin berjumpa doctor dan mengambil ubat, tetapi lain pulak yang jadi.... aku disahkan mengalami ovarian cyst... tetapi masih ditahap awal. dan masih boleh dicegah... alangkah sedih, hancur luluh hatiku..........

ia adalah suatu sak (pundi) yang berisi cecair, ia mungkin mengembang dalam ovari.... walaupun kebanyakkan cyst (sista) tidak malignant (kanser), tetapi ia akan menyebabkan sakit yang teramat sangat dan muntah (bagi sesetengah kes sahaja). dan kebanyakkan kes ini, akan dibuang melalui pembedahan.

tetapi, doctor menyarankan aku memakan ubat yang diberikan. dan aku kene terima bahawa belum rezekiku untuk hamil lagi.......... kerana pagi ni, terdapat ketulan2 darah keluar dari farajku.... alangkah sedihnya hatiku............ namun aku redha dan tabah.... insya'allah masih ada peluang untukku hamil lagi.... dan doctor telah memberitahuku bahawa aku tidak akan mengalami proses pencucian seperti kes keguguran yang lain kerana usia janinku baru mencecah beberapa minggu..... dan ia akan bersih mengikut pengaliran darah seperti darah haid.........

Isnin, Oktober 20, 2008

pregnant again...........


i'm pregnant again....... Alhamdulillah..... my husband very unexpected! but i feel very happy. as a mother, it's something very special. like want to tell anybody in this world "hey, have a baby in my stomach" hehehe..........


this is my 3rd pregancy......... before this, i already have a 2 babies. 1 boy and 1 girl. so, what next? i'll never expected that i can pregnant again. so early because my 8month baby girl still need my attention. more and more and more.......and my sweet hubby don't want a baby anymore. but it's 'rezeki' from Allah.... just except that. it's a give....


hopefully i can be a strong mom. like my late mom, Allahyarhamah Hjh Saleha Hj Othman...... what a special mom she is........... very miss her... very love her....... Alfatihah......

Jumaat, Oktober 17, 2008

abah balik...............

semalam aku, anak2 dan ayah ambik abah mertuaku kat hospital. dia da boleh balik. memandangkan suami tercintaku kerja petang dan tak dapat tukar shift ataupun cuti, maka aku pun mengambil alih tugas dan tanggungjawab seorang anak. aku gi hospital naik 2 kereta iaitu, kereta aku dan ayah. masing2 drive sendiri. bukan apa, kereta aku, kenari yang comel tu ngam2 untuk aku anak2 beranak. dengan baby car seat lagi........ mana muat. so, mintak tolong ayah... syukur alhamdulillah..........

sampai kat ward jam 4.30pm. ingatkan bila dah bayar bil, segala urusan settle. tapi tak settle lagi coz abah punya P.O.P kene tebuk bahagian lutut coz ada luka kat situ... takut berair dan bernanah.... punyalah lama nak tunggu staff datang... jadi aku mengambil keputusan bawa anak2 balik ke rumah mertua. ayah pulak tunggu sampai semuanya selesai....

aku sampai umah mertua jam 6pm. ayah dan kedua mertuaku pulak jam 8.30pm (lebih kurang).......

pas makan, aku, anak2 dan ayah pun balik semula ke T6.. kalau ikutkan hati, memang nak tido sana. tapi apakan daya, suami menantiku.........



keadaan abah sewaktu berada di ward melor 3 hospital kluang....

keadaan kaki abah yang baru di POP (simen plaster).......

keadaan muka abah......... kening kiri STO ( jahit) (suture to off)


nama abah kat tag katil........ Maskan bin Magrom.........

Rabu, Oktober 15, 2008

melawat...........

hari ni aku, abang dan anak2 melawat abah dan mak mertuaku lagi. seperti biasa aku membawa bekal untuk lunch. tapi bile dah sampai wad, mak kata, dia dah beli makanan kat kantin dengan kawan (jaga anak accident). tapi aku bagi juga... mana tau mak nak mentong........

semalam adik iparku, saiful, balik dari terengganu. lecturer bg cuti kot........ dia study lg kat kolej petronas kat bt rakit, terengganu. dekat ngan maktab perguruan tempat abang zaidi study cikgu dulu......... before this, dia study kat UiTM shah alam ambik cos mechanical engineering......... dia balik semata-mata nak tengok abah mertuaku kat hospital.

hari ni, abah gi x-ray lagi. mak kata, abah kene simen dari paras lutut sampai tapak kaki. maknanya abah memang kene dok diam selama lebih kurang 3bulan. pastu bukan boleh terus buat keje. kene jadi cam budak nak bertatih... ciannye.......... ye la... org tua kalau dah accident, sakitnye lain macam. lain la org muda, tulang kuat lagi................ mudah-mudahan abah cepat sembuh........... AMINNNN..................

Selasa, Oktober 14, 2008

Abah Mertuaku............

Abah mertuaku accident 3 hari yang lepas setelah pulang dr kebun. kene langgar dengan motor kat ulu dengar oleh seorang budak sekolah yang akan mengambil exzam SPM next week. abah patah kaki kiri, dahi, kening kiri dan belakang kepala berjahit. sekali pandang abah mertuaku seperti memakai kening palsu... tapi aku tau dan amat pasti ia sesuatu yang amat menyakitkan....

abah dijaga oleh mak mertuaku. kiranya hospital menjadi rumah sementara bagi mak. dan aku, mengambil tanggungjawab sebagai anak dengan membantu sedikit sebanyak yang termampu.

setiap hari aku akan melawat abah dan mak mertuaku kat hospital. aku bawakan nasi dan lauk untuk mak makan time lunch. dan sebelah ptgnya aku membawa minuman petang.... abah yang dah boleh makan, dan semakin cergas, aku bawakan air teh 'o' panas. laju je minum........ hehehe............

semalam abang tak keje. semalam juga aku ambil adik2 ipar kat ulu dengar. adik iparku yang perempuan tak pernah tengok abah sejak abah accident. dan dia nak ambik SPM tahun ni. so, aku bawa la........ bukan apa, macam2 hal yang tak diduga boleh berlaku dalam sekelip mata....... mintak2 dijauhkan...........

semalam aku dan abang, belikan mak mertua kerusi malas. selesa sikit nak tido kat wad. nanti abah pun boleh pakai bila da kuar wad nanti..... memandangkan ianya satu keperluan, aku dan abang pun belikan. walaupun duit yg ada, cukup2 untuk beli susu anak, tapi aku korbankan juga......... duit boleh di cari... tapi mana nak samakan kasih sayang dan pengorbanan mertuaku yang telah melahirkan dan membesarkan suamiku......... lagipun, sewaktu kecil suamiku bukanlah jenis kanak2 yang sihat..........

Ahad, Oktober 12, 2008

Hari Raya 2008..........

inilah gambar aku sekeluarga...... tak pernah puas aku tengok. tiap2 malam nak tido aku pasti akan tengok dulu gambar ni. hehehe............ mungkin disebabkan aku terlalu excited kot.......... hahaha...........


ini plak aku dan suami tercinta... bulan puasa, orang lain slim je. tapi suami aku, makin tembam. hehehe... walaupun susah nak cari saiz baju, aku tetap SAYANG dan kasihkan dia........ mmmmuahhh......... hehehe.....




sekarang turn aku plak nak pose.... hehe..... rasa lain je bergambar sorang tanpa anak2 dan suami tercinta...