Ahad, Disember 07, 2008

salam Aidiladha.........

aidiladha tahun ni, aku sekeluarga beraya kat kluang.... sebabnya........ abang kene keje ptg raya tu....... terus masuk ke shift malam... jadi aku sekeluarga solat raya kat T6.... pastu terus balik umah mertua..... walaupun seketika. tapi suasana tetap meriah. nama pun raya... cuma aku amat merindui arwah mak. dah 3 thun dia pergi meninggalkan kami semua.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. al-fatihah....... dan dah 3 tahun jugalah aku tak ziarah kubur arwah mak. bukannya aku dah lupa, tapi aku mempunyai 2 orang anak kecil yang masih memerlukan jagaan rapi. jadi, tunggulah bila anak2 dah besar sedikit.... aku akan tunjukkan dimana kubur arwah nenek mereka...

aku juga amat merindui masakkan nenek kat kg. rindunya...........

semoga aidiladha tahun ini memberi satu impak kepada kita untuk sama2 menghayati erti pengorbanan..........(kearah yang positif)

Tiada ulasan: