Rabu, Julai 23, 2008

anak-anakku.........

anak-anakku, Muhammad Hazim Aiman dan Nurul Hannah, adalah harta yang paling bernilai dalam hidup aku dan suami tercinta. merekalah penawar, duka dan lara. mereka juga penghibur dikala aku kesunyian... mereka jugalah insan yang membawa keceriaan dan kebahagiaan dalam rumah tangga kami. betapa bahagianya hidup aku dan suami tercinta setelah dikurniakan sepasang cahayamata yang sangat comel dan sungguh menawan hati.
Muhammad Hazim Aiman bin Husai Nazib atau lebih senang dipanggil, Aiman lahir pada 24hb Mei, 2006 jam 01.04petang di Hospital Kluang. kali pertama aku merasakan kepayahan seorang ibu dalam melahirkan zuriat yang dikandungnya selama 9bulan 10hari. setelah bertarung hampir 4jam, akhirnya lahirlah aiman kedunia Allah ini dengan berat 3.5kg. pertama kali aku mengandung, aku merasakan segala alahan yang biasa setiap bakal ibu alami. dan bila hampir sampai hari dijangka aku melahirkan aiman, pada 23hb Mei, 2006, aiman sedikit pun tidak bergerak didalam kandungan. suami tercinta yang sedang bekerja shift pagi begitu risau dengan keadaan aku yang sendirian dirumah. dan petang itu, setelah suamiku pulang dari bekerja, kami segera ke hospital kluang untuk melakukan pemeriksaan. akhirnya doctor memeriksa bukaan serviksku. alangkah terkejutnya aku bila doctor mengatakan bahawa bukaan serviksku sudah 2cm. lalu doctor menyuruh aku berehat dihospital kerana aku akan melahirkan anak pada bila2-bila masa. akhirnya pada jam 9pagi, doctor memecahkan air ketumbanku, dan aku selamat melahirkan aiman 4jam selepas itu. syukur kehadrat Ilahi kerana aku selamat melahirkan anak walaupun 2 hari awal dari tarikh yang dijangkakan. kini, dia seorang anak yang sangat aktif dan nakal. kadang kala, karenahnya membuatkan aku rasa geram. dan setelah aiman berusia 2tahun, dia mendapat seorang adik perempuan.
Nurul Hannah binti Husai Nazib atau ku panggil Hannah lahir pada 10hb Februari, 2008 juga lahir di Hospital Kluang. mengandungkan hannah agak berbeza dengan aiman, kerana aku tiada alahan langsung. juga aku dapat berpuasa penuh sepanjang aku mengandungkan hannah. aku melahirkan hannah tepat jam 7.28petang dengan berat 2.6kg. lahir sahaja hannah kedunia Allah ini, azan maghrib pun berkumandang. mengandung dan melahirkan hannah sesuatu yang boleh aku katakan senang. berkat doa dan dengan izin Allah, segalanya berjalan lancar. alhamdulillah........ tapi suami tercintaku sedikit ralat kerana tidak dapat melihat hannah dilahirkan kerana masa terlalu pantas. dan kini hannah telah berusia 5bulan. semakin membesar dan semakin ingin kelihatan cantik oleh ibunya sendiri. hannah pun semakin lasak. mulutnya juga semakin kecoh dan becok seperti abangnya yang baru hendak belajar bercakap. bila mereka berdua ditinggalkan bersama dalam bilik, ada saja yang hendak dibualkan. dan mereka saling memahami bahasa yang mereka katakan antara satu sama lain. ya Allah.... betapa indah ciptaanMu...semoga anak-anakku menjadi insan yang soleh dan solehah. juga menjadi anak yang baik dan berbakti kepada bangsa, agama, dan negara. juga kepada ibu bapa mereka... amin....

Tiada ulasan: