Jumaat, Oktober 17, 2008

abah balik...............

semalam aku, anak2 dan ayah ambik abah mertuaku kat hospital. dia da boleh balik. memandangkan suami tercintaku kerja petang dan tak dapat tukar shift ataupun cuti, maka aku pun mengambil alih tugas dan tanggungjawab seorang anak. aku gi hospital naik 2 kereta iaitu, kereta aku dan ayah. masing2 drive sendiri. bukan apa, kereta aku, kenari yang comel tu ngam2 untuk aku anak2 beranak. dengan baby car seat lagi........ mana muat. so, mintak tolong ayah... syukur alhamdulillah..........

sampai kat ward jam 4.30pm. ingatkan bila dah bayar bil, segala urusan settle. tapi tak settle lagi coz abah punya P.O.P kene tebuk bahagian lutut coz ada luka kat situ... takut berair dan bernanah.... punyalah lama nak tunggu staff datang... jadi aku mengambil keputusan bawa anak2 balik ke rumah mertua. ayah pulak tunggu sampai semuanya selesai....

aku sampai umah mertua jam 6pm. ayah dan kedua mertuaku pulak jam 8.30pm (lebih kurang).......

pas makan, aku, anak2 dan ayah pun balik semula ke T6.. kalau ikutkan hati, memang nak tido sana. tapi apakan daya, suami menantiku.........



keadaan abah sewaktu berada di ward melor 3 hospital kluang....

keadaan kaki abah yang baru di POP (simen plaster).......

keadaan muka abah......... kening kiri STO ( jahit) (suture to off)


nama abah kat tag katil........ Maskan bin Magrom.........

Tiada ulasan: