Isnin, Mei 18, 2009

i'm back...........

assalamualaikum............

at last, dapat juga pc aku ni. mana taknya, adik aku pinjam kejap. takpe la........ untuk study dia gak. sekarang ni dia tengah practical kat UTEM kat melaka. tempat koje kak wani dan abang majid yang sekarang ni kat UK. abang majid sambung study.

apa ye nak citer. dah lama bebenor aku tak tulis kat sini. rasa cam budak baru nak layan blog pulak. hehehe...... (tapi, memang betul pun. sampai sekarang masih tak reti buat benda lain selain menaip dan letak gambar je.....)

pada 1 mei yang lepas, aku saje je buat urine test. almaklumla benda tu pun dah lama. sejak anak aku yang sulung lagi. apa taknya, arwah mak aku yang bagi. tak ke dah lame sangat tu......... jadi aku pun sesaje je buat. actually, tak de niat pun nak cek sama ada aku ni mengandung ke tak. mula-mula tu tengok ada 1 bar. so, aku relax la jap. pas selesai mandi, aku cek lagi. punya la terkejut beruk. ada 2 bar pulak. mula-mula agak confuse sikit. yela camne boleh terbabas pulak ni. sedangkan aku begitu hati-hati sekali sewaktu diteroka. wah........... hehehe........... pastu, aku cakap la dengan abang. dia pun terkejut. tapi masih tak puas hati lagi. ye la........ urine test tu pun dah lama. jadi abang belikan yang baru kat watson. pastu, cam biasa la pagi-pagi gi toilet. pastu cek. ha! confirm aku pregnant. alhamdulillah.......... patut la anak aku yang kecik tu asyik meragam je. nak kata demam, tak panas. nak kata sakit perut, tak juga sebab perut tak mengeras dan dia pun lawas berak. rupa-rupanya, dia dah dapat instict. biasa la kan....... kata org2 tua. budak kecik yang baru 1thn pasti dapat merasai kehadiran org baru dalam keluarganya.

aku pun terus tengok date. pastu aku pun start la mengira due date. alhamdulillah aku beranak tahun depan. ini bermakna anak-anak aku semuanya selang 2thn. aku dah siap pesan kat baby dalam perut, kalau nak keluar, make sure tahun 2010.

nak tau lagi tak, aku sama-sama pregnant dengan kakak ipar abang dan makcik abang. tak ke kelakar tu. bila pantang nanti, berderet je.......... kakak ipar abang tu cina. jadi, mak mertua aku nak biasakan dia dengan cara org melayu. lebih-lebih lagi, org jawa. makcik abang, embah dia yang jaga. ye la........ masing-masing ada mak...... embah tu maknanya nenek. kan org jawa.......... tapi kakak ipar abang bersalin dulu. akhir tahun ni. time krismas pulak tu. public holiday. pastu selang 1-2minggu, turn aku pulak.........

mengandung anak no 3 ni, agak lain sikit. kenapa? sebab, aku tak muntah cuma pening kepala. sampai satu tahap, aku rasa cam nak tercabut je kepala ni.... pastu, kuat makan. pehhh......... kebetulan abang rajin betul masak. jadi aku pun main order je la........ hehehehe... tengah mengandung kan... manja la sikit.... sekarang ni aku teringin nak makan durian. pehh.......... menjajau abang cari. pulaknye sekarang ni kan musim pelam. jadi mana ada durian........ nak tak nak, terpaksala juga abang cari........ demi isterinya yang tercinta... hahahaha..... tapi abang selalu masak sayur rebus. dia pun tengah diet. boleh nampak perbezaan perutnya dulu dan sekarang. tapi kelakar sikit sebab kepala dia dah kecik. dah cam kura-kura pulak. hahahaha (jahatnya aku........)

bila da kenyang, mesti la ngantuk kan.... itu la yang terjadi pada aku sekarang ni......... ngantuk giler. biasanya tak pulak. aku ni kan jenis tak suka tido petang. tetiba jadi minat la pulak. pembawakan budak..........

sekarang ni, aku tunggu turn cousin-cousin aku pulak tambah family. asyik aku je... (alhamdulillah.........) so, kepada kak wani dan ham, cepat-cepat la ye...............

Tiada ulasan: