Rabu, Oktober 22, 2008

ovarian cyst..........

semalam abang tak berapa sedap hati melihat aku demam. kebetulan suhunya agak tinggi. tanpa membuang masa, dia terus mengangkat aku masuk ke kereta lalu dibawa ke klinik tawakal dan bersalin.... asalnya ingin berjumpa doctor dan mengambil ubat, tetapi lain pulak yang jadi.... aku disahkan mengalami ovarian cyst... tetapi masih ditahap awal. dan masih boleh dicegah... alangkah sedih, hancur luluh hatiku..........

ia adalah suatu sak (pundi) yang berisi cecair, ia mungkin mengembang dalam ovari.... walaupun kebanyakkan cyst (sista) tidak malignant (kanser), tetapi ia akan menyebabkan sakit yang teramat sangat dan muntah (bagi sesetengah kes sahaja). dan kebanyakkan kes ini, akan dibuang melalui pembedahan.

tetapi, doctor menyarankan aku memakan ubat yang diberikan. dan aku kene terima bahawa belum rezekiku untuk hamil lagi.......... kerana pagi ni, terdapat ketulan2 darah keluar dari farajku.... alangkah sedihnya hatiku............ namun aku redha dan tabah.... insya'allah masih ada peluang untukku hamil lagi.... dan doctor telah memberitahuku bahawa aku tidak akan mengalami proses pencucian seperti kes keguguran yang lain kerana usia janinku baru mencecah beberapa minggu..... dan ia akan bersih mengikut pengaliran darah seperti darah haid.........

Tiada ulasan: